Jumat, 28 Desember 2012

Insyaallah, SIN Ilahi

        Di sini saya postkan lagi utk para pembaca yg bukan ahli Sin Ilahi supaya dapat mengetahui serba sedikit secara ringkas erti Sin Ilahi. Semakin hari, semakin ramai orang yg memasuki dan menerima atunement SIN Ilahi. Tetapi apa sebenarnya Sin Ilahi? Kenapa perlu Sin ILahi? Kuat kah Sin Ilahi? Berbeza kah Sin Ilahi dgn energy Rei Ki? Di sini, saya postkan serba sedikit erti Sin Ilahi yg sebenar kpd ahli2 baru dan juga kpd ahli2 lama yg masih kurang memahami Sin Ilahi. Sin Ilahi- Adalah kesedaran. Kefahaman, pembangkitan diri insan kepada Allah. Pencipta yg satu. Insan yg diciptakan Allah. Kesedaran yg bisa dicapai oleh insan2 yg diberi kesedaran dan mungkin saja rezeki dari Nya. Ramai org yg bisa mengakses energy Sin Ilahi ini. Tetapi ramai yg tidak bisa memasuki, dan menjadi diri Sin Ilahi ini. Manusia yg mengakses dan menggunakan energy SI ini sangat banyak, di seluruh nusantara bahkan di Amerika juga ada pengamal Sin Ilahi. Tetapi sayangnya hanya segelintir saja yg benar2 insan Sin Ilahi. Selebihnya yg ramai hanya pengamal Sin Ilahi. Sin Ilahi- Energy yg hampir sama dgn Rei Ki. Tetapi mempunyai energy Ilahiah yg tinggi berbanding Rei Ki yg hanya mengakses tenaga alam. Namun ada juga Rei Ki yg mempunyai energy Ilahi seperti Rei Ki Nur Ilahi dan bermacam2 lagi lah nama nya. Adapun saya katakan energy Sin Ilahi itu lebih tinggi drpd energy yg lain, bukanlah bermaksud ilmu selain dari Sin Ilahi itu tidak baik dan buruk. Semua ilmu adalah baik dan sama kuat jika tujuannya tetap kerana Allah. Hanya keadaan dan wujudnya saja yg berbeza2 mengikut pengamalnya. Sin Ilahi adalah sejenis energy. Tetapi ia bukan hanya energy saja. Ia berbeza dgn aliran2 energy yg lain dimana total kepasrahan SANGAT X1000 diperlukan utk di isikan ke dalam pesakit, diri, dan rohani. Ramai org yg memasuki Sin Ilahi ada yg menyesal, kerana tidak dpt merasakan apa2 sensasi setelah menerima attunement. Ini yg saya/kami/semua tekankan. Sin Ilahi bukan energy yg dipaksa. Bahkan ia sebaliknya adalaha tenaga kepasrahan. Kepasrahan yg mendidik jiwa manusia supaya YAKIN, TETAP, dan KENAL akan penciptanya. Allah. Kita bertabligh melalui cara energy. Bagi yg tidak merasa sensasi, jangan gusar. Usah risau. Itu tandanya anda sedang dilatih utk mengenal Allah, melalui kepasrahan. Apa guna meditasi jika tidak mengenal Allah? Benar, meditasi yg rutin dan istiqamah akan menghasilkan mutu aliran energy yg sangat baik dan hebat di dalam diri. Tetapi apa gunanya jika tidak mengenal pencipta sendiri? Sang Maha Kuasa, sang Maha Pencipta. Di mana energy yg di pakai itu datang dari Nya. Apa yg ditekankan dalam Sin Ilahi?. Pengenalan kepada Tuhan melalui energy. Kenapa melalui energy? Bukankah itu bidaah? Perjalanan untuk berkenalan, mencari dan mengenal Allah itu tidak terbatas dalam satu ilmu saja. Ramai org islkam yg mengaku islam, tetapi berapa ramai org2 islam yg benar2 islam? Ramai org yg ingin kan syahid, tetapi berapa ramai org yg mengaku islam masuk ke dalam pasukan askar wataniah negara? Pencarian Tuhan itu tidak terbatas dalam sesuatu bidang saja. Ilmu dan alam Allah itu luas. Islam dan Al-Quran itu telah lengkap, syukur alhamdulillah. Sesiapa yg benar2 berpegang teguh dgn Al-Quran dan Hadis akan selamat dunia akhirat. Tetapi kenapa Rasulullah SAW menggalakkan umatnya mempelajari ilmu walaupun sampai ke negeri China? Sedangkan dalam Al-Quran tiada tertulis pun mengenai tanah besar China? Tidak cukupkah Al-Quran sebagai cabang ilmu? Cukup. Sangat2 cukup. Ini kerana Rasulullah SAW tidak suka umatnya sentiasa dalam kebodohan sehingga hari kiamat kelak. Islam dan Al-Quran itulah sebagai tembok pertahanan hati, jiwa dan raga kita daripada kesesatan. Adapun hadis di atas masih dhaif sifatnya, dan jika benar sekalipun, ia bukanlah bermaksud negara China itu dan umatnya sangat mulia. Ia hanya bermaksud sebagai motivasi buat umat islam. Jadi apa yg penting sebenarnya dalam Sin Ilahi? Bergantung kepada diri anda masing2. Jika hanya sekadar berniat utk mencari ilmu, insyaallah akan dapat ilmu. Jika diniatkan utk mencari kekuatan, insyaallah akan beroleh kekuatan. Jika diniatkan pula utk mencari, mengenal, dan muhasabah diri kpd Allah. Insyaallah, lebih senang dan selamat dunia akhirat. Apa yg perlu dilakukan dalam menjalani Sin Ilahi? Tiada apa2 yg berat. Hanya perlu senyum, rileks dan pasrah. Hanya saja kita perlu menguatkan kerohanian kita saja. Adapun kerohanian tanpa ada unsur2 tauhid kpd Tuhan, adalah tidak berguna sama sekali. Kita digalakkan supaya memperbanyakkan mengenal, dan melihat kebesaran Tuhan melalui apa yg tidak kita sangka selama ini. Ramai org yg menganga dan mengagumi keindahan dan kebesaran alam apabila melihat Discovery Chanel. Bertasbih2 dan memuji2 nama Allah apabila mengetahui sesuatu yg disampaikan oleh profesor2 dan saintis2 barat. Jangan tidak mengaku, saya tahu ada diantara anda yg melakukan itu kan? Saya dah cuak tengok aksi2 pak ustaz dan uncle lebai yg buat begitu. Tetapi bila disampaikan kisah alam2 spiritual, siap tuduh2 kita sesat pula. Itu tak ada dlm hadis lah, ini tak ada dalam Al-Quran lah. Nampak kan sistem pemikiran org2 kita yg beragama islam? Suka tengok benda2 yg disampaikan org2 bukan islam, tetapi menentang org2 islam sendiri dan siap ada org yg suka merendah2 dan menghina para tabligh pula tu. (Saya bukan lah tabligh ya) Adapun semasa meditasi, kita banyakkan saja zikir dan kurangkan tumpuan pada sensasi. Sbb sensasi ini sebenarnya mengganggu kita semasa meditasi. Usah dicari sensasi itu. Meditasi yg terbaik dlm islam adalah solat panjang/pendek yg khusyuk. Khusyuk ketika solat itu adalah kunci utama pasrah. Meditasi SI tidak perlu lama2 sebenarnya, hanya cukup 30 minit sehari. 3 hari sekali, minimum. Meditasi hari2 pun tiada guna sebenarnya kalau solat kita tdk dijaga dan sempurna. Energy besar pun jin syaitan tak takut, sebab makhluk2 ghaib ini boleh bergabung tenaga untuk mengalahkan org yg mempunyai energy sekuat nukluer sekalipun. Dan diorg tdk perlukan kekuatan zahir sedikitpun, memadai dgn hanya bisikan dan cucukan rasa ego, bangga diri dan tamak untuk menghancurkan org yg punya energy besar itu. Apa yg penting sebenarnya adalah iman. sebab pancaran iman itu yg sebenarnya yg menyakitkan mereka. Ada org yg energy nya hanya sebesar siput saja. Tetapi ditakuti oleh para makhluk ghaib. Kerana imanya yg mantap. Mantap hanya kepada Tuhan. Walaupun org itu tidak menerima attunement Sin Ilahi, tetapi jika dirinya benar2 taat dan beriman kepada Allah, itulah Sin Ilahi yg sebenar. Adapun apa yg kita dapat ini bukanlah Sin Ilahi, tetapi sebenarnya hanya energy Sin Sin Ilahi saja, yg diberikan kebenaran oleh Allah utk merasainya sebagai bonus dan bukti yg Allah itu Maha Adil. Dirasakannya kpd kita, terutamanya saya yang jahil ini akan kesedapan kasih dan rahmatnya jika saya benar2 mahu mencarinya. Ramai ahli2 Sin Ilahi yg masih kekal di bidang energy saja kerana dia merasa bahawa Sin Ilahi itu hanya sekadar energy. Subhanallah, sidang milis dan anggota Paranorm dan Persada Ilahi tidak menyalahkan anda. Kerana saya juga masih tertinggal di belakang seperti yg lain. Semoga kita dipermudahkan Allah utk mendekatinya. Amin. Mindset dan fikiran masing2 itu bukan dapat dipaksa. Ramai org yg mengambil Sin Ilahi ikut niat masing2. Manusia itu berbagai2 ragam dan ulahnya, dan berbagai juga fikirannya. Adakah Sin Ilahi itu agama? Bukan, sama sekali tidak. Ia hanyalah amalan energy. Bahkan bagi org2 islam, kita diharuskan membaca dan mengamalkan semua amalan2 islam ke dalam Sin Ilahi. Islam itu dibawa ke mati, tetapi Sin ILahi itu tidak, kita hanya dipinjamkan sahaja dan akan dicabut semula setelah meninggalkan alam fana ini. Jika diamalakan, insyaallah akan mendapat bonusnya, jika tidak diamalkan maka tidak pula menjadi kesalahan, dan tiada haram jatuh ke atasnya. Bahkan, sebenarnya ramai org2 dari keagamaan lain yg mengamalkan ilmu energy, yakin dan percaya akan wujudnya satu kuasa besar yg mengawal energy ini, cuma mereka tidak pasti, siapa dan apa ia. Walaupun mereka menyembah tuhan yg mereka yakini, secara tidak langsung, keyakinan mereka akan ada suatu kuasa besar yg mengawal energy atas keizinan tuhan mereka. Walaupun bukan semua, tetapi banyak dari mereka berpendapat begitu. Sila cari di GOOGLE utk rujukan anda. Kenapa tidak perlu sensasi? Sensasi yg kita rasa itu sebenarnya adalah perhiasan. Perhiasan yg tidak penting, namun tidak pula ada larangan utk tidak merasainya. Ada org yg meditasi hanya kerana ingin kan sensasi. Sekali lagi saya katakan, tiada kesalahan juga utk itu. Tetapi yg penting sebenarnya adalah rasa pasrah kita kepada Tuhan. Ketika meditasi, kosong kan fikiran. Rasakan kita dihadapan Allah dalam keadaan kosong, tiada punya apa2. Hapuskan ego kita. Musnahkan segala kekuatan kita. Kerana kita adalah hambanya, tiada berkuasa mahupun kekuatan. Allah itu satu, Allah itu maha penyayang. Allah itu maha pengasih. Hilangkan sifat diri kita, leburkan diri kita, Jasad kita ini hanya tumpangan. Dan kunci terbesar dalam meditasi adalah solat. Dalam solat, kita menerima bukan sahaja Energy Sin Ilahi dan Sin Hu. Bahkan seluruh pancaran kebesaran Allah dari berjuta2, trilion2, dan infinity kebesaran Nya akan dicurahkan kepada kita. Apabila kita solat, sungai syurga akan mengalir di bawah rumah kita. Apabila kita sujud, seluruh alam akan sujud hormat kpd kita kerana sayangnya Allah kepada kita. Tetapi seperti biasalah, solat yg demikian bukanlah solat expres, bahkan solat paksa. Tetapi solat khusyuk. Apa itu solat khusyuk? Bagaimana mencari khusyuk itu? Wallahualam. Saya belum berkuasa utk menyampaikan hal2 berkenaan solat khusyuk itu. Saya serahkan saja kepada para Master utk menyampaikannya. Atau bisa saja di SEARCH berkenaan solat di laman web ini. Gunakanlah kemudahan yg ada ya. Hehehe. Jadi bagaimana dgn segala sensasi itu? waskita2 dan kelebihan2 yg dinyatakan dalam Manual dan cerita2 di dalam laman web ini? Itu hanya lah sebagai bonus. Tambahan kepada pengamalnya. Tidak salah mencari dan mengumpul sensasi. Tetapi jangan sampai lupa kepada tujuan asal. Bahkan, jika kerana ghairah kita mengumpul sensasi itu bisa menguatkan keimanan kita kepada Allah, ya tidak ada masalah di situ. Apa saja yg baik, dan di niatkan lagi kepada dan daripada Allah. Maka sudah tentulah ia akan membuahkan hasil yg baik juga kan? Namun jangan pula jika mendapat hasil yg kurang elok, kita terus menyalahkan Allah. Ia sebenarnya ujian, utk melihat sejauh mana kita mampu terus membuat kebaikan walau di dalam kesulitan. Insyaallah. Janji Allah itu tidak pernah ada yg kosong. Semua berisi dgn hikmahnya. Baik dan buruk, semuanya pengalaman. Kerana manusia itu tiada yg maksum. Semuanya tetap ada melakukan dosa, walaupun secara tidak disedari. Apalagi saya ini yg memang sentiasa lalai dan curiga. Sad Insyaallah, sekian saja buat masa ini penerangan mengenai Sin Ilahi. Adapun post ini janganlah diperdebatkan. Kerana ia bukan lah hasil nukilan saya, tetapi adalah hasil perbincangan milis, pertemuan, kolaborasi dan pengalaman dari ahli2 lama yg telah otai bahkan dari Master dan Grandmaster sendiri. Saya hanya menjadi penyampainya sahaja. Saya ditugaskan untuk menyampaikan nya buat teguran dan bimbingan diri saya sendiri dan tiada kredit yg saya ambil dan perolehi daripada penerangan ini. Ia buat semua ahli2 baru dan lama yg ingin mengetahui hakikat sebenar dalam mendalami Sin Ilahi secara ringkas sahaja. Ulasan secara lebih mendalam itu saya serahkan saja kepada Master Paranorms, atau bisa saja Grandmaster A.Ghozalish kita utk menerangkannya kpd ahli2 baru di post ini. Adapun secara makrifat itu, insyaallah, jika anda telah mencapai standard energy dan rezeki yg ditetapkan Allah, nanti akan melihat sendiri juga kebesaran dan kekuasaan Allah yg tidak pernah dibayangkan selama ini dlm bentuk yg tidak pernah anda sangka selama ini. Insyaallah. Sekian buat semua ahli2 SI. Semoga semua mendapat rahmat dan hidayat dari Allah hendaknya. Amin Ya Rabbal Alamin. ..........................................................................................................................................................................................  http://www.paranorms.org/t767-mengajar-anak-cara-bersedekah-yg-efektif
http://www.paranorms.org/t617-erti-sin-ilahi-yang-sebenar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar